Auto Added by WPeMatico

![]()
GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki meninggal dunia apabila bertarung nyawa kira-kira 20 jam di hospital selepas terlibat kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Paloh 2, di sini semalam
Mangsa yang berusia 13 tahun menghembuskan nafas di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang di sini, kira-kira pukul 10.41 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis SM Sport dari arah Paloh 1 ke Paloh 3 dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah motosikal jenis Honda di depannya.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan sebelum dirempuh sebuah lagi motosikal jenis Yamaha yang datang dari arah belakang.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 di sini untuk rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.
“Usaha menyelamatkan remaja itu gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 10.41 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja 13 tahun maut selepas 20 jam terlibat kemalangan appeared first on Kosmo Digital.
