Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.
“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, pelaksanaan program pembangunan ummah serta inisiatif pengukuhan syiar Islam di peringkat Persekutuan.
“Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE
The post Agong terima menghadap Menteri Agama di Istana Negara appeared first on Kosmo Digital.