Auto Added by WPeMatico

KOTA BHARU – Suami kepada Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan tiga rakan mereka yang dihantar pulang ke Kelantan pagi tadi selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini selama lima jam.
Suami penyanyi Bae Sobar Bae, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, memberi keterangan bermula pukul 2 petang sebelum dibenarkan pulang kira-kira pukul 7 malam.
Tiga lelaki dan seorang wanita itu keluar dari pekarangan IPK Kelantan lima minit kemudian untuk pulang ke rumah keluarga masing-masing.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, suami kepada Eda Ezrin dan tiga rakan mereka yang ditahan di Pejabat Imigresen Sungai Golok, Thailand semalam sudah dihantar ke Kelantan pagi tadi.
Mohd. Affendi, Eridieka, Mohamad Alif dan Zuhaira tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang kira-kira pukul 11.15 pagi.
Ahli keluarga salah seorang daripada mereka memaklumkan bahawa keempat-empat rakyat Malaysia itu masih berada di ICQS Rantau Panjang sebelum pihak polis mengambil mereka.
Mereka melalui proses sama seperti Eda Ezrin dan Nur Aida Mamat, 33, selepas dibebaskan semalam apabila mereka dihantar oleh petugas Jabatan Imigresen Sungai Golok kepada pihak polis Kelantan. – KOSMO! ONLINE
The post Suami Eda Ezrin, tiga rakan selesai beri keterangan 5 jam di IPK Kelantan appeared first on Kosmo Digital.