Auto Added by WPeMatico

![]()
BRIGHTON – Pengurus Brighton, Fabian Hurzeler memberi penghormatan kepada semua pihak yang telah menyokong dan membantu kelab itu sepanjang sejarah 125 tahun kelab itu.
Sambutan ulangtahun tersebut menjadi lebih manis dan benar-benar istimewa ketika The Seagulls menewaskan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Arsenal 3-0 dalam satu kemenangan yang boleh dianggap antara hari terbaik yang berlaku di Stadium Amex.
“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kelab istimewa ini atas sejarahnya, kepada semua orang yang telah menyumbang pada masa lalu dan semua yang sedang menyumbang pada masa kini.
“Saya fikir sejarah kelab ini sangat mengagumkan dan saya berharap semua orang yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami sehingga kini dapat menikmatinya malam ini.
“Sudah tentu, ini merupakan keputusan yang istimewa apabila bermain menentang juara, mungkin pasukan terbaik di England ketika ini. Tetapi, bagi saya, perkara yang lebih penting adalah prestasi.
“Saya sentiasa cuba memberikan tumpuan kepada prestasi berbanding keputusan dan prestasi kami sejak awal permainan memang sangat baik. Kami melakukan perkara-perkara asas dengan betul.
“Kami memenangi perebutan satu lawan satu. Kami memenangi terjahan pertama. Kami memenangi lontaran ke dalam yang pertama dan sepakan penjuru yang pertama.
“Kami sangat agresif apabila Arsenal cuba bergerak dan kami cuba menyekat kelancaran permainan mereka. Selain itu, saya fikir kami mempunyai keseimbangan yang baik antara mengawal permainan ketika menguasai bola dan mempunyai kestabilan pertahanan yang kukuh,” ujarnya. – AGENSI
The post EPL: Ulang tahun sempurna buat Brighton appeared first on Kosmo Online.
