Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Selebriti terkenal yang ditahan sebelum ini, baharu pertama kali melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati ia adalah kali pertama suspek membawa mangsa ke hotel berkenaan.
Katanya, suspek dan mangsa yang merupakan pelajar tersebut telah berkenalan sejak dua bulan lalu.
“Mereka pernah berhubung sebelum ini dan itu adalah kehadiran pertama mereka berjumpa (di hotel).
“Ini juga adalah kali pertama suspek melakukan kes amang seksual. Tempoh perkenalan singkat dalam tempoh satu atau dua bulan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Jelas beliau, suspek telah ditangkap dan dirakam keterangan serta dibebaskan dengan jaminan polis.
Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan kertas siasatan kes selebriti tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792). – KOSMO! ONLINE
The post Ini kali pertama selebriti bawa mangsa ke hotel – Polis appeared first on Kosmo Digital.