Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Hospital Sungai Buloh (HSB) meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris atau ahli keluarga seorang pesakit lelaki yang kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
Pesakit dikenali sebagai Muhammad Yusuf Abdullah, 50, dan berbangsa India, namun sehingga kini tiada waris atau ahli keluarga tampil melawat atau menghubungi pihak hospital.
Menurut kenyataan HSB, Jabatan Kerja Sosial Perubatan hospital itu telah menjalankan pelbagai usaha untuk mengesan waris pesakit berkenaan.
Usaha tersebut termasuk membuat semakan salasilah keluarga dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta mengadakan lawatan ke alamat terakhir pesakit.
Bagaimanapun, tiada waris berjaya ditemui setakat ini.
Alamat terakhir pesakit direkodkan di Pangsapuri Bayu, Jalan Desa Ria, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
“Pihak hospital turut mengesan seorang waris bernama Kasturipai M.K. Samy yang mempunyai alamat terakhir di Jalan Desa 1/9, Bandar Country Homes, Rawang.
“Pihak hospital amat berharap agar ahli keluarga, kenalan atau mana-mana individu yang mengenali pesakit ini dapat tampil dengan segera bagi membantu proses penyaluran maklumat dan urusan rawatan selanjutnya,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta hadir ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sungai Buloh atau menghubungi talian 03-6145 4333 sambungan 4286.- KOSMO! ONLINE
The post Hospital Sungai Buloh cari waris Muhammad Yusuf appeared first on Kosmo Digital.
