Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh Indonesia menjadi mangsa penyalahgunaan identiti apabila gambarnya digunakan dalam akaun TikTok palsu yang tular kerana menghina golongan B40 berbelanja menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).
Akaun TikTok dikenali Farah Dahlia itu telah mencetuskan kemarahan netizen selepas memuat naik video mengecam golongan berpendapatan rendah yang memenuhi pasar raya untuk menebus bantuan tunai dengan membeli keperluan asas melalui Sara.
Antara kenyataan dalam video tersebut menyindir penerima Sara adalah ‘Hari cuti orang nak shopping (berbelanja). Berlambak (ramai) B40 nak ambil bantuan Sara. Ganggu kita nak bayar guna cash (tunai). Semak’ sekali gus menimbulkan gelombang kecaman dan perbincangan hangat di media sosial.
Bagaimanapun, pemilik asal gambar yang disalahgunakan oleh akaun TikTok, Farah Dahlia itu tampil mempertahankan dirinya selepas wajahnya tersebar di media sosial.
Dia yang dikenali sebagai Fajrin mengakui, gambar di dalam akaun palsu tersebut adalah dirinya, namun menafikan memiliki akaun TikTok terbabit.
“Penjelasan penting! Hai semua, saya fajrin.rz dari indonesia. Saya nak maklumkan ada akaun TikTok palsu dari Malaysia (farahdahlia_2002@farahdahlia_20002) yang mengambil semua foto dan video saya.
“Dia menyiarkan semua foto dan video saya dengan ayat yang buruk dan menyembunyikan komen pada semua siaran, sehingga ramai orang marah dan melaporkan ke akaun peribadi saya.
“Untuk itu saya nak minta tolong kawan-kawan semua, tolong laporkan akaun tersebut dan tolong jangan spam komen atau chat di akaun peribadi fajrin.rz,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Gadis tular hina B40, rupanya akaun palsu guna gambar ‘influencer’ seberang appeared first on Kosmo Digital.