Auto Added by WPeMatico

NEW DELHI – Tujuh orang termasuk seorang anak kecil terbunuh hari ini apabila sebuah helikopter membawa penganut Hindu dari sebuah kuil terhempas di Banjaran Himalaya sebelah India, kata beberapa pegawai.
Kemalangan maut itu berlaku ketika saudara-mara sedang berkabung atas kematian sekurang-kurangnya 279 orang apabila sebuah pesawat penumpang merempuh kawasan perumahan di bandar Ahmedabad, barat India pada Khamis lalu.
Nahas helikopter itu menyebabkan juruterbang dan kesemua enam penumpang maut. Helikopter itu terhempas semasa penerbangan dari kuil Kedarnath, di negeri Uttarakhand, kata pegawai tindak balas bencana, Nandan Singh Rajwar kepada AFP.
Nahas berkemungkinan disebabkan oleh cuaca buruk, demikian menurut pegawai pelancongan negeri Rahul Chaubey.
Insiden itu mendorong pihak berkuasa penerbangan awam India untuk menggantung perkhidmatan helikopter ke kuil-kuil di Banjaran Himalaya, kata Chaubey.
Ketua menteri negeri itu, Pushkar Singh Dhami berkata, kerajaan tidak akan bertoleransi dengan keselamatan penumpang.
Penganut Hindu berpusu-pusu ke Kedarnath, yang terletak pada ketinggian 3,584 meter dan kuil-kuil Himalaya lain semasa musim panas. – AFP
The post Helikopter terhempas, 7 maut termasuk anak kecil appeared first on Kosmo Digital.