Auto Added by WPeMatico

MULA mula menempa nama dalam dunia lakonan, pelakon baharu Razin Qidran tampil memberikan respons berhubung dakwaan penyebaran sebuah video aib yang didakwa mirip wajahnya, namun memilih enggan peduli terhadap isu tersebut.
Menurut Razin atau nama lengkapnya Razin Qidran Noor Hisham, 26, dia lebih selesa untuk kekal positif dan tidak mahu membuang masa memikirkan perkara yang tidak membawa manfaat dalam hidup serta kariernya.
“Benda-benda macam ini saya tak ambil tahu pun. Kalau ada, adalah kalau tiada, tiadalah.
“Kalau ada yang bercakap hal positif tentang saya, saya ambil. Begitu juga untuk perkara negatif, saya tetap akan mengambil nilai positif juga dari situ,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui semasa lawatan ke set penggambaran drama Puteri Kelas Atas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak semalam.
Tambah bekas peserta Hero Dewi Remaja 2023 itu, pelbagai perkara boleh dimanipulasi termasuk penyebaran maklumat palsu atau fitnah menerusi kecanggihan teknologi.
“Bagi saya pada zaman ini macam-macam boleh jadi, terutama bila adanya teknologi AI (kecerdasan buatan).
“Saya tetap akan fokus kepada pekerjaan, jika ada yang hendak burukkan tentang saya, biarkan sahaja,” katanya.
Namun begitu, Razin tidak menolak kemungkinan untuk bertindak jika mengetahui identiti individu yang menyebarkan video berkenaan.
“Kita kena menjadi seorang yang baik tetapi bila ada orang usik kita, kita kena ‘tunjuk’.
“Kata orang, orang yang baik jahatnya mungkin akan menjadi lebih teruk berbanding orang lain,” jelasnya.
Sementara itu, Razin kini sedang menjalani penggambaran drama terbaharunya berjudul Puteri Kelas Atas yang dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.
Drama yang bakal ditayangkan di platform Viu itu turut menampilkan barisan pelakon baharu seperti Azri Safix, Emma Sofea, Jay Iskandar, Mokhtar Mohsin dan Sadiq Jamil
Naskhah tersebut mengisahkan tentang seorang puteri raja yang menyembunyikan identitinya dan menjalani kehidupan sebagai pelajar biasa di sebuah sekolah berasrama penuh. – HIBGLAM
The post Video aib? Saya tak ambil tahu pun – Razin Qidran appeared first on HibGlam.