Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Salah seorang pelajar universiti swasta yang dilaporkan maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui di sebuah kondominium dekat Taman Melati, di ibu negara, pada 20 Ogos lalu dikatakan sempat memohon maaf kepada ibunya.
Difahamkan sebelum kejadian, mendiang, Guo Junhao, 21, sempat menghantar pesanan terakhir kepada ibunya menerusi aplikasi WhatsApp dengan kata-kata ringkas meminta maaf atas segala kesalahan yang pernah dilakukan.
“Mama…maafkan saya. Saya sayang mama,” tulis mendiang.
Tangkap layar perbualan WhatsApp antara mendiang dengan ibunya menjadi tular di media sosial sejal semalam.
Mendiang juga dikatakan turut menghubungi beberapa saudara mara yang lain untuk mengungkapkan rasa sayang serta pengharga kepada mereka semua beberapa minit sebelum jasad Junhao dijumpai.
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 6.48 pagi membabitkan seorang wanita berusia 22 tahun yang jatuh dari tingkat 22 sebelum terhempas di aras lapan kondominium tersebut.
“Dalam kejadian kedua pada pukul 9.35 malam, seorang lelaki berusia 21 tahun pula ditemui maut selepas jatuh dari tingkat 35 kondominium sama,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat kecederaan pelbagai kesan jatuh dari tempat tinggi manakala pemeriksaan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Mama maafkan saya, saya sayang mama’ appeared first on Kosmo Digital.