Auto Added by WPeMatico

MENYAMBUT kedatangan bulan mulia tidak lama lagi, Media Prima Berhad tampil dengan naskhah segar menerusi pelancaran kempen Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama.
Membawa tema Sama-Sama Berkat, kempen tahun ini bermatlamat menyemarakkan Ramadan dan Syawal menerusi deretan drama berkualiti yang sarat dengan mesej muhasabah diri.
Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima, Farah Shamsudin berkata, pemilihan tema pada tahun ini bertujuan menyeru penonton untuk membina azam baharu dan memperkukuhkan hubungan sesama insan.
Untuk 2026, kami mahu penonton dapat lebih daripada sekadar hiburan. Kami mahu naskhah ini menjadi pemangkin untuk penonton bermuhasabah, berdoa dan membina azam baharu seiring dengan roh bulan mulia.
“Selain kualiti skrip dan lakonan meruntun jiwa, kami turut menitikberatkan mutu produksi yang tinggi bagi memastikan pengalaman menonton yang berkualiti buat semua,” katanya kepada HibGlam.
KEMPEN Ramadan Raya Media Prima Jwanjih Drama diyakini menjadi destinasi utama hiburan beremosi utama khalayak sepanjang musim puasa dan raya tahun ini. – AMIR KHALID
Kempen kali ini turut menyaksikan keberanian Media Prima mengetengahkan bakat-bakat segar hasil uji bakat Drama Sangat untuk digandingkan bersama barisan pelakon berpengalaman.
Kami juga memberi ruang kepada bakat baharu yang dicungkil menerusi sesi uji bakat Drama Sangat untuk diketengahkan.
“Gabungan muka lama dan baharu ini akan mewarnai skrin TV3 sepanjang musim perayaan nanti,” ujarnya.
Mengulas mengenai pemilihan slogan Sama-Sama Berkat, Farah menjelaskan perkara tersebut merupakan satu usaha untuk menerapkan nilai murni dalam kalangan masyarakat melalui amalan berkongsi rezeki.
Mungkin ada yang bertanya kenapa Sama-Sama Berkat? Kami ingin menerapkan bahawa keberkatan boleh diperoleh melalui perkongsian, sama ada menerusi sumbangan derma mahupun amalan berkunjung.
“Kita mahu sama-sama mendapat pahala dan keredhaan Allah dalam setiap detik yang diraikan,” ujarnya.
Antara drama yang bakal disajikan kepada penonton sepanjang Ramadan dan Syawal adalah Khianat Yang Terpilih menerusi slot Akasia, Bila Cinta Menjadi Dosa (Lestary), Kerana Cinta Itu Dusta (Samarinda) dan Anugerah Tanpa Cahaya (Tonton Original Series).
PUTERI Balqis menjadi antara taruhan kempen Ramadan Raya Media Prima dengan drama berjudul Anugerah Tanpa Cahaya.
Drama Khianat Yang Terpilih lakonan Amyra Rosli, Ben Amir, Ikmal Amry dan Puteri Aishah bakal bersiaran pada 26 Februari depan.
Slot Lestary yang mempertaruhkan naskhah Bila Cinta Menjadi Dosa akan ditayangkan bermula 27 Februari menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Che Puan Sarimah, Zamarul Hisham, Zairi Aziz dan Alya Iman.
Selain itu, Kerana Cinta Itu Dusta slot Samarinda bakal menghiasi televisyen pada 25 Februari membariskan pelakon popular Jazmy Juma, Azira Shafinaz, Emma Maembong dan Nazrief Nazri.
Menerusi Tonton pula, Anugerah Tanpa Cahaya yang dibintangi Puteri Balqis, Azhan Rani, Amyza Aznan dan Zairi Aziz bersiaran pada 16 Mac.
Kempen itu turut menampilkan beberapa bintang dipilih sebagai Friend Of Rara 2026 iaitu Tracie Sinidol, Jazmy Juma, Sharifah Rose, Zairi Aziz, Ariana Yusof, Fiza Sabjahan dan Fedtri Yahya.
Rata-rata pelakon yang dipilih sebagai Friend Of Rara 2026 pernah menghiasi drama-drama Media Prima.
Untuk tahun ini, pemilihan Fiza dibuat berdasarkan rekod kemenangan merangkul trofi Pengacara Wanita Popular yang diraih dalam Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37), manakala Fedtri pula tentunya impak cemerlang daripada program Jejak Rasul. – HIBGLAM