Auto Added by WPeMatico

Auto Added by WPeMatico

Enggan melatah, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 26, memaklumkan gaya berpakaian tersebut bukanlah sengaja dicipta untuk mencetuskan kontroversi, sebaliknya sebahagian daripada imej seninya.
“Tenang, saya dengar dan faham malah saya akan cuba perbaiki mengikut cita rasa fesyen yang anda cadangkan pada masa hadapan.
Namun, jika diberi ruang untuk saya menjelaskan gaya pemakaian ini sebenarnya menjadi ‘trademark’ (tanda dagang) saya sejak awal penglibatan dalam industri lagi.
“Walaupun ada yang menganggap melanggar norma atau peraturan biasa, saya rasa tidak salah untuk saya menjelaskan mengapa saya memilih imej sebegini dalam setiap acara,” katanya dalam Threads.
Pelantun lagu Sutera itu juga menyeru pihak yang melabelkan penampilannya sebagai tidak menghormati majlis agar memberikan penjelasan yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang spekulasi negatif.
Jika ada yang melabel sebagai tidak menghormati majlis, mungkin anda boleh bantu saya perincikan bahagian mana yang dianggap tak sopan?
“Lagipun, seperti yang anda sedia maklum, lagu ini berteraskan elemen Portugis dan Joget Melaka,” ujarnya lagi.
Kenyataan tersebut disuarakan selepas seorang netizen tidak berpuas hati dengan cara pemakaian Aisha yang dianggap tidak menghormati kesantunan pakaian tradisional.
Lagu sedap dah, memang berbakat menyanyi dan buat lagu tapi korset di luar kebaya sangat buruk. Pakaian lain bolehlah nak bereksperimen.
“Tapi bila pakaian tradisonal lebih baik kekalkan ciri tradisonal sebagai tanda menghormati.
“Mencuba sehabis baik nak nampak ‘fashionable’ tapi akhirnya nampak macam baju projek untuk budak-budak Akademi Fantasia,” tulisnya.
Komen tersebut merujuk kepada cara pemakaian Aisha menerusi video klip lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran yang kinimencecah 2.5 juta penonton dalam YouTube. – HIBGLAM

![]()
PETALING JAYA – Dikritik menggayakan korset, penyanyi Aisha Retno menyambut baik teguran tersebut namun dalam masa sama mempunyai pendirian teguh terhadap identiti fesyen yang dibawa sejak awal kemunculan dalam industri seni.
Enggan melatah, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 26, memaklumkan gaya berpakaian tersebut bukanlah sengaja dicipta untuk mencetuskan kontroversi, sebaliknya sebahagian daripada imej seninya.
“Tenang, saya dengar dan faham malah saya akan cuba perbaiki mengikut citarasa fesyen yang anda cadangkan pada masa hadapan.
“Namun, jika diberi ruang untuk saya menjelaskan gaya pemakaian ini sebenarnya menjadi ‘trademark’ (tanda dagang) saya sejak awal penglibatan dalam industri lagi.
“Walaupun ada yang menganggap melanggar norma atau peraturan biasa, saya rasa tidak salah untuk saya menjelaskan mengapa saya memilih imej sebegini dalam setiap acara,” katanya dalam Threads.
Pelantun lagu Sutera itu juga menyeru pihak yang melabelkan penampilannya sebagai tidak menghormati majlis agar memberikan penjelasan yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang spekulasi negatif.
“Jika ada yang melabel sebagai tidak menghormati majlis, mungkin anda boleh bantu saya perincikan bahagian mana yang dianggap tak sopan?
“Lagipun, seperti yang anda sedia maklum, lagu ini berteraskan elemen Portugis dan Joget Melaka,” ujarnya lagi.
Kenyataan tersebut disuarakan selepas seorang netizen tidak berpuas hati dengan cara pemakaian Aisha yang dianggap tidak menghormati kesantunan pakaian tradisional.
“Lagu sedap dah, memang berbakat menyanyi dan buat lagu tapi korset di luar kebaya sangat buruk. Pakaian lain bolehlah nak bereksperimen.
“Tapi bila pakaian tradisonal lebih baik kekalkan ciri tradisonal sebagai tanda menghormati juga.
“Mencuba sehabis baik nak nampak ‘fashionable’ tapi akhirnya nampak macam baju projek untuk budak-budak Akademi Fantasia,” tulisnya.
Komen tersebut merujuk kepada cara pemakaian Aisha menerusi video klip lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran yang kinimencecah 2.5 juta penonton dalam YouTube. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Korset ‘trademark’ saya, boleh perincikan bahagian mana tak sopan?’ appeared first on Kosmo Digital.

PENYANYI Shiha Zikir mengakui terkesan apabila Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris menjadi mangsa kecaman netizen susulan luahan rasa suka terhadap lagu Minta Ampun.
Bagi Shiha atau nama lengkapnya Nurshiha Mohd. Zikir, 39, tindakan Noraniza atau mesra disapa Kak Ani langsung tidak mencetuskan sebarang kesalahan yang wajar dihukum dengan kata-kata nista.
“Saya sedih apabila Noraniza Idris terima kecaman. Macam ini ke jadi peminat? Kenapa sanggup komen begitu?
Saya sangat neutral, saya rasa dia tidak buat salah. Dia tak komen terlalu kasar yang ditujukan atau libatkan orang lain.
“Bagi saya, dia (Noraniza) seorang legenda. Jujur saya sangat sedih dan bergenang air mata saya,” katanya kepada HibGlam semasa sidang media pelancaran lagu rayanya berjudul Memori Raya, semalam.
Dalam masa sama, pelantun lagu Irama itu terkejut dengan tindakan peminat yang bersikap terlalu obses sehingga hilang pertimbangan dan adab dalam berbicara.
Terkejut dengan segelintir peminat. Saya faham ada penyokong yang obses tapi kena ada batasnya.
“Sebelum buat apa-apa kena fikir dahulu,” ujarnya.
Sebagai selebriti, Shiha sentiasa mengambil pendekatan menasihati penyokongnya agar tidak terlibat dalam budaya mengecam penyanyi lain.
Saya memang selalu pesan kepada peminat untuk tidak komen toksik kepada penyanyi lain.
“Memang saya akan beritahu mereka, itu tidak baik,” jelasnya.
Sebelum ini, Kak Ani menyatakan lagu raya kegemarannya pada tahun ini adalah milik Shiha yang berjudul Minta Ampun kerana mempunyai kekuatan elemen kemelayuan serta alunan yang menyentuh perasaan.
Dia turut berpendapat lagu raya tidak perlu terlalu sarat dengan eksperimen muzik atau mengejar trend semasa. – HIBGLAM

MELIHAT trend melancarkan lagu raya, penyanyi Izzue Islam berharap orang ramai tidak cepat melatah atau membandingkan karya-karya yang dihasilkan penggiat seni.
Sebaliknya, Izzue atau nama lengkapnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, berpendapat bahawa setiap naskhah yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri termasuk lagu raya baharunya berjudul Dulu Kini Raya.
“Bagi saya kita patut raikan sahaja apa juga lagu raya yang dihasilkan. Setiap karya ada keunikan tersendiri.
Lagu raya kami, Dulu Kini Raya boleh diterima ramai kerana ada elemen moden dan tradisional.
“Harap pendengar boleh terima lagu ini. Kalau tahun ini mereka belum suka, mungkin tahun hadapan akan suka,” katanya kepada HibGlam semasa sidang media Dulu Kini Raya di The St. Regis, Kuala Lumpur kelmarin.
Ditanya adakah bersedia berdepan kritikan netizen, bekas kumpulan Forteen itu mengakui sudah lali dan tidak pernah membiarkan kata-kata negatif mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.
“Saya okey sahaja dan terbuka menerima apa saja pandangan. Sebenarnya saya sudah bersedia sejak lebih 10 tahun lalu kerana sudah terbiasa.
Ada juga yang kata suara saya biasa tetapi masih sibuk mahu menyanyi. Namun, kata-kata itu tidak pernah menjatuhkan semangat saya.
“Bagi saya, perkara tersebut tidak menghalang untuk terus berkarya. Kalau tidak suka, tak mengapa tetapi saya harap lama-kelamaan mereka boleh menerima,” jelasnya.
Berkongsi mengenai Dulu Kini Raya yang berkolaborasi bersama pempengaruh Dehaniff, Izzue memaklumkan keputusannya melancarkan lagu raya setiap tahun adalah untuk menghidupkan suasana perayaan.
“Saya tak mahu ketinggalan, tahun lepas pun saya ada lancarkan single raya.
“Ramadan sememangnya masa tepat untuk terbitkan lagu raya. Awal puasa ramai artis sudah mula rancak mempromosikan lagu masing-masing.
Tak boleh jadi, saya pun kena ada juga lagu raya untuk memeriahkan lagi industri muzik,” tuturnya.
Dulu Kini Raya ciptaan bersama Firaus Rahmat dan John Jeeves boleh distrim di semua platform digital bermula 11 Mac lalu. – HIBGLAM

BELUM bersara, penyanyi dan komposer, Sohaimi Mior Hassan sebaliknya memilih memperlahankan rentak di arena muzik bagi membantu isteri menguruskan empat cucu mereka.
Sohaimi, 69, berkata, sejak 2012 dia hanya memenuhi tawaran persembahan pentas membabitkan majlis tertutup disebabkan mahu memberi komitmen penuh terhadap keluarga.
“Aktiviti yang besar saya sekarang ialah menghantar dan mengambil cucu di sekolah. Anak-anak semua sudah berkahwin dan saya mempunyai empat cucu perempuan.
Pada 2012, saya rasa nak berehat (dari industri) dan sampai sekarang saya tak buat apa-apa, jaga cucu sahaja. Tawaran menyanyi ada tetapi saya selektif.
“Saya masih penuhi permintaan menghiburkan peminat muzik pada majlis makan malam contohnya reunion alumni MRSM minggu depan,” katanya ketika di temui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya Aidilfitri anjuran Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), baru-baru ini.
Ditanya sama ada dia merajuk dengan industri muzik, penyanyi yang popular dengan lagu Epilog Cinta Dari Bromley itu menolak andaian itu.
Katanya, memang sejak menceburi bidang nyanyian sekitar 1980-an dia memilih untuk menjalani kehidupan bersederhana.
“Bukanlah merajuk . Dari dulu, saya memang ‘low profile’ malah ketika buat album pertama pada 1980-an iaitu Prolog dan Dedikasi diterbitkan saya masih bekerja.
Kemudian kerajaan hantar saya bertugas di luar negara dalam bidang kejuruteraan tapi, saya pencen awal pada 1989 pada umur 32 atau 33 tahun.
“Alhamdulillah, ketiga-tiga anak perempuan saya sudah berkeluarga dan kini saya punya empat cucu, juga semuanya perempuan.
Tidak mengapalah jaga cucu. Bisnes syarikat kejuruteraan saya pun dah ditutup selepas saya pilih bersara kerana anak-anak enggan sambung legasi,” ujarnya.
Menurut bekas tentera laut itu, lagu Kalau Berpacaran ciptaan serta nyanyiannya bersama Ana Rafalli dan Altimet merupakan karya terakhir yang dihasilkan untuk album pada 2011.
“Lagu Kalau Berpacaran dimuatkan dalam album terakhir saya, Kalau Berpacaran…The Album pada 2011. Masa buat lagu itu saya dalam perjalanan pulang dari Johor ke Shah Alam dan diundang menyertai perhimpunan pencipta lagu muda di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Saya diminta singgah bagi membantu melatih dua komposer baru. Masa itu, saya pun dah lama tak berkarya tetapi cuba juga dalam kereta. Era itu jualan ‘ring tones’ (nada dering) laku.
“Jadi, saya buatlah lagu yang sesuai untuk nada dering dengan melodi yang ‘catchy’. Bila rakam dengan Ana Rafalli dan Altimet tak sangka pula mendapat sambutan’,” katanya.
Tahun berikutnya Kalau Berpacaran melayakkan trio itu melangkah sebagai finalis di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) pada 2012. – HIBGLAM

PENYANYI Farahdhiya tidak kisah sekiranya lagu raya pertamanya yang dilancarkan baru-baru ini tidak meraih sambutan hebat seperti karya milik artis lain.
Menurut Farahdhiya, dia sudah melunaskan tanggungjawab sebagai anak seni dan enggan terlalu enggan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap lagunya.
“Sejujurnya, saya tidak fikir nak bersaing bila lancarkan lagu raya sebab tugas kita dalam industri sebagai penyanyi adalah menghasilkan karya-karya baharu.
Jangan sesekali jadi negatif dengan menganggap sesetengah lagu tak boleh popular atau lagu orang lain lebih sedap.
“Jadi, kita kena terus jalan. Popular atau tidak itu cerita lain, yang penting kita terus berkarya dan sebenarnya itu saja caranya untuk kita terus relevan. Kalau awak tak ada keluarkan benda baru, apa relevannya awak dalam industri?” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Melodi Raya 2026, baru-baru ini.
Jelasnya, dia hanya i fokus kepada diri sendiri dan mahu beri hasil kerja terbaik buat peminat.
Saya tak pernah fikir fasal orang lain. Saya buat dan nak yang terbaik untuk produk sendiri.
“Kalau orang suka, Alhamdulillah, jika tidak suka, kita cuba lagi, ” ujarnya.
Berkongsi tentang lagu rayanya, dia berkata karya tersebut dilancarkan bagi mengubat rindu peminat yang menanti selama 22 tahun.
“Mesti orang tak sangka saya akan muncul dengan lagu raya ditambah pula genre yang lebih catchy, berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini iaitu berentak balada.
Saya rasa ini perkara yang bagus, sesuatu yang segar untuk peminat yang mungkin tunggu lagu baru tetapi saya beri mereka lagu raya.
“Selama 22 tahun menyanyi, saya tak pernah keluar lagu raya, jadi sekurang-kurangnya sudah ada lagu raya sendiri,” katanya lagi.
Terdahulu, Farahdhiya melancarkan lagu raya pertama berjudul Eh Ah!Raya selepas lebih dua dekad bergelar penyanyi. – HIBGLAM

MEMEGANG banyak portfolio dalam satu masa bukan hal mudah untuk diuruskan mana-mana wanita, terutama yang bekerjaya.
Begitu juga yang perlu dilalui penyanyi Nabila Razali sejak mendirikan rumah tangga dan bergelar seorang ibu.
Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali berkata, rutin hariannya tidak lagi sama seperti zaman anak dara yang lincah dan memberi sepenuh tenaga kepada dunia karier semata-mata.
Kini, peranannya ibarat dibahagi 10, menjadi ibu, penyanyi, pelakon dan usahawan. Tak menang tangan katanya, namun fokus utama adalah untuk anak lelakinya, Muhammad yang kini sudah berusia setahun tiga bulan.
Namun, tidak semua mampu dilakukan sendirian dan mengakui mengupah pembantu bagi membantunya menguruskan urusan harian.
Alhamdulillah, saya ada rezeki lebih dan ada kemampuan untuk mengupah pembantu bagi memudahkan urusan harian serta menjaga anak.
“Namun, kemudahan tersebut bukan bermakna saya ‘lepas tangan’ dan tak menjaga anak sendiri.
“Cuma semua urusan lebih lancar buat masa ini,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
TERIKAT dengan komitmen kerja, Nabila tidak mampu menguruskan semua urusan hidupnya sendirian dan mengakui mengambil pembantu untuk membantunya.
Memiliki pasangan yang memahami dan sentiasa bertolak ansur adalah satu rezeki terbesar yang ingin dimiliki oleh setiap wanita, Nabila adalah salah seorang daripadanya.
Ujar Nabila, suaminya, Nik Iruwan Nik Izani sangat memahami jadual kerjaya seninya dan sentiasa membantu menguruskan urusan lain termasuk berkaitan hal anak lelakinya, Muhammad yang kini sudah dihantar ke sekolah.
Ada masanya kalau saya tak sempat jemput Muhammad dari sekolah, suami akan ambil peranan tersebut, tolak ansur buatkan semua urusan jadi mudah.
“Syukur saya ada keluarga dan pasukan yang memahami dan semua orang memainkan peranan masing-masing, termasuk suami yang sentiasa merestui apa sahaja yang saya lakukan,” ujarnya.
Raya
Ditanya tentang sambutan raya tahun ini, bekas bintang kelahiran Akademi Fantasia itu memberitahu akan menyambut raya di kampung suaminya, di Kelantan.
“Tahun lepas saya beraya di sini jadi, kali ini giliran di Kelantan pula.
Memang tak sabar sangat nak sambut raya memandangkan Muhammad pun sudah boleh berjalan, memang comel kalau pakai baju Melayu,” kongsinya.
Tambah penyanyi lagu Vroom Vroom itu, persiapan raya yang dilakukan tidaklah terlalu berlebih-lebih tetapi pastinya tumpuan utama adalah untuk anak lelakinya.
“Persiapan biasa saja dan sama macam sebelum ini, tapi bekalan tenaga mungkin perlu ekstra sedikit sebab anak pun sudah besar.
Sebenarnya saya lebih risau tentang anak bila beraya, risau dia takut tengok orang ramai.
“Di Kelantan pula ketika raya memang padat, semua orang balik kampung, penuh macam berada di Kuala Lumpur,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia bersyukur apabila dikurniakan suami yang mempunyai kampung jauh dari Kuala Lumpur sekali gus memberinya pengalaman berbeza pada hari raya.
“Syukur sangat dapat suami yang kampungnya jauh sebab saya memang membesar di Kuala Lumpur, beraya pun di sini juga.
Jadi saya tak pernah rasa pengalaman balik kampung, meredah perjalanan jauh. Jadi, bila balik kampung dalam tempoh yang lama, saya seronok.
“Bahkan saya mula faham pengalaman orang lain balik kampung sehingga ambil masa 24 jam, ibaratnya satu Malaysia ada di Kelantan pada hari raya,” jelasnya.
Lagu raya
Berkongsi tentang single raya terbaharu berjudul Tak Sabar Nak Raya, Nabila berharap lagu tersebut mendapat tempat dalam hati peminat terutama pada musim perayaan tahun ini.
NABILA dan Nabil memeriahkan ‘pesta’ lagu raya 2026 dengan single duet berjudul Tak Sabar Nak Raya.
Menariknya, dia turut mengajak pengacara dan pelawak berkolaborasi untuk lagu raya tersebut.
“Memang saya merancang untuk mengeluarkan lagu raya tahun ini dan Tak Sabar Nak Raya yang digubah dan ditulis lirik oleh MFMF bersama Asyraf Nasir berjaya menambat hati saya.
Pemilihan Nabil pula memang tak fikir panjang selepas saya dengar demo, saya terus cadangkan namanya dan lucunya, dia terus bersetuju walaupun belum mengetahui secara terperinci mengenai projek itu,” katanya.
Dilayan soalan mengenai jangkaan, Nabila mengakui, kejayaan lagu raya pertama iaitu Raya Mana? yang tular dan menjadi siulan ramai sehingga hari ini memberi tekanan tersendiri.
“Alhamdulillah, lagu raya pertama Bella sebelum ini menerima sambutan yang luar biasa dan sangat positif.
Jadi untuk lagu raya kedua, pasti ada sedikit tekanan tetapi saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.
“Cuma saya ingin tegaskan, saya tak pernah berniat untuk bersaing dengan lagu raya sendiri atau orang lain. Dapat sambutan atau tidak, semua itu adalah rezeki Tuhan sebab saya dan pasukan sudah memberi seluruh usaha,” katanya mengakhiri perbualan. – HIBGLAM

PENYANYI, Zaki Yamani menyifatkan tawaran membintangi filem pertamanya, Tiket Sehala yang menjalani penggambaran di Korea Selatan tahun lalu sebagai rezeki berganda.
Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, berkata tiada jalan mudah untuk meraih kepercayaan penerbit dan pengarah naskhah genre aksi itu selain membuktikan kemampuan menerusi sesi uji bakat.
“Saya bersyukur meraih tawaran ini selepas menghadiri uji bakat bagi watak adik kepada salah seorang karakter utama. Memang mencabar kerana perlu bermain emosi.
“Apabila dimaklumkan nama saya lolos, perasaan itu sukar untuk digambarkan memandangkan saya masih hingusan di arena lakonan tetapi tetap diberi amanah sebesar ini.
“Filem ini sarat penceritaan dengan kisah benar sebagai subjek. Apabila menjadi sebahagian daripada pasukan serta berpeluang pula menjalani penggambaran di Korea Selatan, ini semua bonus,” katanya selepas majlis berbuka puasa dengan barisan pelakon filem Tiket Sehala, baru-baru ini.
Menurut anak kepada Raja Pop Datuk Jamal Abdillah itu, barisan pelakon digabungkan dari tiga negara termasuk Thailand, Indonesia serta Korea Selatan.
“Saya berada di sana sekitar dua minggu iaitu pada November 2025 juga musim sejuk dengan suhu beku mencecah -16 darjah celsius.
“Kita tak biasa dengan cuaca begini dengan penggambaran kebanyakannya luar jadi memang kena tahan mental serta fizikal.
“Seronok juga sebab dapat berlakon dengan ramai pelakon negara jiran. Tengok cara kru kita dan mereka bekerja suatu pengalaman baru,” ujarnya.
Antaranya adalah pelakon dari Korea Selatan seperti Hyunjun Sun, Ninja dari boyband SuperThai (Thailand) serta Naufal Samudra (Indonesia).
Diterbitkan Key Billions Sdn. Bhd., filem arahan Rahila Ali yang dijadualkan ditayangkan pada Ogos depan turut dibarisi Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana, dan Shaharudin Jamaludin. – KOSMO! ONLINE
Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, berkata tiada jalan mudah untuk meraih kepercayaan penerbit dan pengarah naskhah genre aksi itu selain membuktikan kemampuan menerusi sesi uji bakat.
“Saya bersyukur meraih tawaran ini selepas menghadiri uji bakat bagi watak adik kepada salah seorang karakter utama. Memang mencabar kerana perlu bermain emosi.
“Apabila dimaklumkan nama saya lolos, perasaan itu sukar untuk digambarkan memandangkan saya masih hingusan di arena lakonan tetapi tetap diberi amanah sebesar ini.
“Filem ini sarat penceritaan dengan kisah benar sebagai subjek. Apabila menjadi sebahagian daripada pasukan serta berpeluang pula menjalani penggambaran di Korea Selatan, ini semua bonus,” katanya selepas majlis berbuka puasa dengan barisan pelakon filem Tiket Sehala, baru-baru ini.
Menurut anak kepada Raja Pop Datuk Jamal Abdillah itu, barisan pelakon digabungkan dari tiga negara termasuk Thailand, Indonesia serta Korea Selatan.
“Saya berada di sana sekitar dua minggu iaitu pada November 2025 juga musim sejuk dengan suhu beku mencecah -16 darjah celsius.
“Kita tak biasa dengan cuaca begini dengan penggambaran kebanyakannya luar jadi memang kena tahan mental serta fizikal.
“Seronok juga sebab dapat berlakon dengan ramai pelakon negara jiran. Tengok cara kru kita dan mereka bekerja suatu pengalaman baru,” ujarnya.
Antaranya adalah pelakon dari Korea Selatan seperti Hyunjun Sun, Ninja dari boyband SuperThai (Thailand) serta Naufal Samudra (Indonesia).
Diterbitkan Key Billions Sdn. Bhd., filem arahan Rahila Ali yang dijadualkan ditayangkan pada Ogos depan turut dibarisi Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana dan Shaharudin Jamaludin. – HIBGLAM

PENGACARA dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika ini.
Menurut AC atau nama penuhnya Mizal Zaini, perubahan akan sentiasa berlaku bagi memastikan karya yang dihasilkan seiring dengan peredaran zaman dan mampu menarik minat generasi muda.
“Semua benda berubah, kita kena ikut peredaran zaman dan itu perkara biasa.
“Kalau nak buat drama, lagu atau filem, semuanya berkait dengan trend. Kita tak boleh hasilkan drama yang orang sekarang tak faham.
“Secara dasarnya, kita memang nak tarik perhatian generasi muda sebab mereka meningkat dewasa nanti mereka akan ingat dan lagu itu boleh terus kekal lama,” katanya pada majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Mari Menari Raya duet bersama JessC, di sini, semalam.
Ujarnya, setiap individu tidak kira penyanyi mahu pun peminat perlu lebih terbuka dan mengikut kehendak pasaran semasa.
“Kita tak boleh ada ego. Dalam dunia bisnes dan hiburan, kita kena faham perkara ini.
“Tiada salah atau haram untuk buat macam-macam jenis lagu raya pun.
“Walaupun saya sudah 36 tahun dalam industri, saya tetap cuba buat perkara baharu mengikut peredaran zaman. Itulah dunia hiburan,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, lagu Mari Menari Raya nyanyian AC dan JessC menggabungkan elemen pop moden, hip-hop serta sentuhan tradisional Melayu. – HIBGLAM