Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Allah…ngerinya tengok. Dia sapu habis. Takziah buat keluarga dan mangsa yang terlibat.”
Itu antara komen yang ditinggalkan orang ramai susulan tular rakaman memaparkan kejadian kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan menghala Shah Alam ke Klang, Selangor.
Kejadian difahamkan berlaku ketika tiga individu terbabit terlibat dalam satu kemalangan awal dan sedang mengambil gambar bagi tujuan laporan di lorong paling kanan.
Namun, secara tiba-tiba sebuah kereta lain dipercayai hilang kawalan lalu melanggar mereka sehingga menyebabkan dua dari mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut perkongsian seorang pengguna Threads @mirahhsabri, dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah, manakala seorang lagi merupakan wanita mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini menerima rawatan di sebuah hospital.
“Kemalangan pertama baru jadi dan mereka bertiga. Masa tengah ambil gambar untuk buat laporan, tiba-tiba ada kereta terus langgar mereka. Allah, ngerinya tengok,” tulisnya.
Tambahnya, pemandu kenderaan yang merempuh mangsa turut mengalami kecederaan serius dengan kedua-dua kaki dilaporkan patah.
“Dalam kereta (kenderaan ketiga) tu ada arak,” dakwanya.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Wan Iman menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Aku nasihat pada semua ‘callman’ atau pemandu, jika terbabit kemalangan, jangan sesekali berdiri di tempat kemalangan.
“Sebaiknya beralih ke tepi dahulu sementara tunggu bantuan. Hati-hati kawan-kawan semua, nyawa kita tak boleh beli. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Allah, ngerinya tengok’ appeared first on Kosmo Digital.