Auto Added by WPeMatico

PELAKON Malaysia pun boleh jadi Wednesday!
Perkara tersebut terbukti apabila Puteri Balqis atau Aqish muncul dengan watak Rabu dalam video parodi bagi mempromosikan drama Wednesday musim kedua terbitan Netflix.
Pemilihan Aqish dikatakan tepat kerana memiliki karakter yang sama seperti Wednesday lakonan Jenna Ortega.
“Sesuai sangat Aqish jadi Wednesday, comel saja nama sebagai Rabu.
“Pernah terbayang Aqish pegang watak Wednesday, Netflix Malaysia buat pilihan tepat,” puji netizen.
Bukan sahaja Aqish, pemilihan Maya Karin memegang watak Mak Tisha atau Morticia Addams lakonan asal Catherine Zeta-Jones juga mengundang pujian ramai.
Selain Ortega dan Jones, Wednesday musim kedua yang mula ditayangkan sejak 6 Ogos lalu turut dibintangi Emma Myers, Hunter Doohan dan Christina Ricci.
The post Puteri Balqis jadi Wednesday memang ‘ngam’ appeared first on Kosmo Digital.