Auto Added by WPeMatico

![]()
KEMAMAN – Keghairahan seorang wanita mendaki bukit di kawasan Air Terjun Janda Mandi, Kijal di sini, hari ini terencat apabila dia tergelincir sehingga salah satu jari kakinya patah.
Insiden pada pukul 12.03 tengah itu berlaku sewaktu wanita berusia 49 tahun tersebut dan seorang rakannya berada pada ketinggian kira-kira 80 meter dari parad laut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Chukai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, sepasukan sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kejadian terbabit.
“Wanita tersebut dikatakan tergelincir sewaktu melalui laluan berbatu dan impaknya salah satu jari kakinya patah.
“Mangsa yang sukar berjalan telah dibawa turun ke kaki bukit dengan menggunakan pengusung,” katanya di sini hari ini.
Mohamad Hanif berkata, operasi mengusung mangsa sejauh kira-kira dua kilometer mengambil masa hampir sejam. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita patah jari kaki sewaktu mendaki Air Terjun Janda Mandi appeared first on Kosmo Digital.