Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Pendakwah bebas Amin Idris melahirkan kebimbangan melihat ramai golongan wanita memilih untuk tidak lagi bertudung atas bermacam alasan sejak kebelakangan ini.
Menurut Amin, situasi sebegitu bercanggah dengan fenomena bertudung di Malaysia pernah yang pernah dicetuskan pelakon dan aktivis, Wardina Safiyyah.
“Dahulu sejak Wardina (bertudung), kita bangga bila ramai selebriti wanita berhijab.
“Sedih akhir-akhir ini makin ramai yang berhijab membuka tudungnya,” katanya dalam satu hantaran Instagram.
Tambahnya, istiqamah dalam jiwa seseorang boleh tergugat sekiranya bertudung bukan kerana mentaati perintah Allah SWT.
“Doakan hidayah buat mereka,” katanya lagi.

Amin bagaimanapun tidak merujuk perkongsian tersebut kepada mana-mana pihak.
Namun sejak kelmarin, media sosial kecoh apabila anak perempuan penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengakui dia sudah tidak lagi bertudung.
Kenyatan Puteri Dahlia, 21, juga seorang penyanyi yang mendakwa keputusannya disokong keluarga dan berasa lebih dekat dengan Allah selepas muncul dengan imej tidak lagi berhijab mengundang kemarahan ramai.
Puteri Dahlia yang mengakui berhijab sejak berusia enam tahun menanggalkan tudung kerana enggan lagi dikait atau dilabel sebagai remaja yang sinonim dengan imej muslimah. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Memang beza berhijab kerana Allah, trend, keturunan’ appeared first on Kosmo Digital.