Auto Added by WPeMatico

SIAPA sangka gabungan suara Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan anak saudaranya, Umairah melahirkan satu kemerduaan luar biasa menerusi lagu Kaca dan Permata.
Lagu genre irama tradisional tersebut membicarakan tentang nilai, perbezaan, dan pengalaman dalam konteks hiburan atau kehidupan.
Meski mengetengahkan genre irama Malaysia, lirik lagu yang muzik video rasminya sudah mencecah lebih 70,000 tontonan itu mudah ‘melekat’ dan diingati pendengarnya.
“Beza umur Siti dengan Umai 32 tahun tapi duet mereka macam penyanyi yang sebaya!
“Sedap betul lagu ini, tolonglah popularkan Kaca dan Permata sebab memang layak,” puji netizen.
Kaca dan Permata merupakan salah satu lagu yang terkandung dalam album terbaharu Siti, Gema Bumantara. – HIBGLAM
The post Sedap duet Siti Nurhaliza, Umai, macam sebaya appeared first on HibGlam.