Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Satu klip video tular di Pamekasan, wilayah Jawa Timur menunjukkan berpuluh-puluh penduduk berebut mencari emas di dalam sebuah parit, lapor portal berita Detik.
Kejadian berlaku di kejiranan Parteker semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @balikpapantv_official menunjukkan orang ramai berpusu-pusu mendulang emas pada waktu tengah malam.
Ada antara mereka memasukkan kepingan emas itu ke dalam plastik jernih lalu dibawa pulang ke rumah untuk dilebur.
Masih belum jelas asal usul kepingan emas itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Emas itu milik negara, jangan diambil,” kata seorang netizen.
“Kalau jumpa, kaya mendadak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Rezeki datang bergolek, penduduk jumpa emas dalam parit appeared first on Kosmo Digital.