Auto Added by WPeMatico

AKTRES dan bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira berpendapat tidak semestinya wanita suka bersolek tebal tergolong dalam golongan tidak memiliki personaliti baik.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 52, personaliti seseorang tidak boleh dinilai menerusi solekan.
“Tidak semestinya wanita yang suka bersolek itu tidak mempunyai kriteria atau ciri-ciri wanita yang baik.
Pada pendapat saya, kita tidak boleh kaitkan solekan dengan personaliti seseorang nak kata dia ‘red flag’ atau sebagainya.
“Saya sendiri sebagai seorang selebriti, tugas saya menuntut untuk saya mekap tebal. Orang lain pun ramai yang mekap tebal tetapi hati mereka baik,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kedai barang kemas Amelia Jewellery, di sini, semalam.
Namun kata pelakon yang mendapat julukan primadona itu, setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri mengenai perkara ini.
Perkara ini sangat subjektif. Orang lain mungkin pendapatnya berbeza kerana ada pengalaman yang berbeza berdepan dengan orang yang suka mekap tebal,” jelasnya.
Sementara itu bagi suami Erra, Ezwan Zain mengakui tidak kisah sama ada isterinya mekap tebal ataupun tidak kerana dia mencintai wanita itu seadanya.
Erra memang sentiasa menjaga soal kecantikan. Zaman sekarang saya rasa semua wanita patut berhias sebab ada yang bekerjaya,” ujarnya.
Terdahulu tular dalam media sosial apabila seorang selebriti popular mengeluarkan kenyataan agar tidak jatuh cinta dengan wanita yang suka bersolek tebal kerana takut kecewa apabila melihat wajah sebenar tanpa solekan. – HIBGLAM