Auto Added by WPeMatico

![]()
MENGULANGI kejayaan luar biasa, penyanyi Billie Eilish berjaya memenangi anugerah Lagu Terbaik di pentas Anugerah Grammy edisi ke-68 menerusi lagu Wildflower.
Kemenangan tersebut merupakan kejayaan ketiganya pada acara berprestij berkenaan selepas kejayaan pada 2020 menerusi lagu Bad Guy diikuti lagu What Was I Made For? iaitu lagu runut bunyi filem Barbie pada 2024.
Menerusi ucapan usai memenangi anugerah, Billie, 24, sempat menyentuh mengenai pergolakkan politik di Amerika Syarikat (AS).
“Tiada siapa yang haram di atas tanah yang dicuri,” katanya.
Billie menewaskan beberapa nama besar yang bersaing seperti Rose dan Bruno Mars yang tampil dengan lagu duet menerusi single APT, Kendrick Lamar dan SZA (Luther).
Turut tercalon dalam kategori terbabit ialah Lady Gaga dengan lagu Abracadabra, Sabrina Carpenter (Manchild), Bad Bunny (DtMF), Doechii (Anxiety) dan Hunter/x (Golden).
Lagu Wildflower merupakan hasil ciptaan Billie bersama abangnya, Finneas. – KOSMO! ONLINE
Berikut merupakan senarai penuh pemenang Anugerah Grammy ke-68: https://www.grammy.com/awards/68th-annual-grammy-awards-2025
The post Grammy: Billie Eilish menang Lagu Terbaik buat kali ketiga appeared first on Kosmo Digital.