Auto Added by WPeMatico

“TEKNOLOGI sepertii kecerdasan buatan (AI) memang perlu diraikan tetapi bukan sepenuhnya.”
Demikian respons Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai penggunaan berleluasa AI termasuk dalam penghasilan karya muzik.
Kata Siti, 47, AI boleh digunakan oleh mana-mana pihak namun perlulah berpada-pada sehingga boleh mengenepikan kreativiti manusia.
“Sebenarnya AI ini hanya sebagai ‘alat’ sahaja. Kita jangan sampai menolak sebab ini adalah kemajuan teknologi.
“Kita sepatutnya menggunakannya pada waktu dan cara yang bersesuaian.
“Selebihnya perlu guna kreativiti dan berinovatif sendiri. Barulah minda kita berkembang,” katanya kepada HibGlam.
Jelasnya, penggunaan AI secara berlebih-lebihan akan membuatkan manusia menjadi lebih kurang aktif dalam menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti sendiri.
“Kalau kita mengharapkan semua pada AI, akan jadi lebih malas.
“Sebab itu saya cakap, AI hanya sebagai alat sahaja. Selebihnya kita kena kerjalah dengan kehebatan dan kreativiti kita. Itu jawapan saya,” katanya lagi.
Terdahulu, isu penggunaan AI dalam penghasilan karya kreatif seperti lagu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan penggiat muzik tanah air. – HIBGLAM
