Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut, Mas Idayu sah sudah bercerai dengan suami yang juga penerbit eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 4 Mac lepas.
Perkara tersebut disahkan Muhammad Sufian sendiri ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
“Ya, kami sudah bercerai cara baik pada 4 Mac 2025 di Mahkamah Syariah Syah Alam.
“Tiada apa yang perlu digembar-gemburkan. Kami bercerai secara baik dan hubungan saya dengan bekas isteri (Mas Idayu) tetap baik,” katanya.
Sufian juga memaklumkan, dia akan tetap bekerja secara profesional andai bertembung dengan pelantun lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan itu.
“Industri ini kecil sahaja. Saya dan dia pasti bertemu di mana-mana acara. Tiada guna berdendam antara satu sama lain. Saya okey kalau perlu bekerjasama dengannya dalam mana-mana projek.
“Anggap sahaja antara kami jodohnya tidak panjang. Saya mendoakan yang terbaik buat Mas Idayu dan mengharapkan dia mendoakan yang sama buat saya,” ujarnya.
Terdahulu, Utusan Malaysia menerusi ruangan pojok mendedahkan Mas Idayu dan Muhammad Sufian tidak lagi hidup sebagai suami isteri.
Akhbar tersebut juga melaporkan pasangan tersebut tidak lagi tinggal sebumbung.
“Tentang tak duduk sebumbung. Begini, saya ada rumah di Rawang dan Mas Idayu juga ada rumahnya sendiri di ibu kota.
“Adakalanya (ketika masih suami isteri), saya pulang ke rumah saya dan dia pulang ke rumahnya. Itu sahaja dan tiada apa perlu dikecohkan,” katanya.
Mas Idayu atau nama sebenarnya, Masidayu Mesnun, 53, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Sufian selepas 15 tahun hidup menjanda pada September 2022. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Ya, saya dah bercerai 4 Mac lalu dengan Mas Idayu’ appeared first on Kosmo Digital.