Auto Added by WPeMatico

![]()
GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas C selepas salah seorang daripada tiga kru tersebut disyaki memiliki dadah jenis heroin dalam satu operasi semalam.
Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, penahanan dilakukan sekitar pukul 1 pagi di kedudukan kira-kira 5 batu nautika selatan Pulau Kendi.
“Bot ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan operasi mengesan sebuah vesel nelayan di lokasi berkenaan sebelum pemeriksaan dijalankan,” katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan tiga kru termasuk tekong di mana kesemuanya adalah warga tempatan berusia antara 28 hingga 50 tahun.
“Pemeriksaan lanjut terhadap salah seorang kru berusia 50 tahun menemui bahan disyaki dadah jenis heroin.
“Suspek bersama dua lagi kru serta vesel berkenaan ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
The post Maritim rampas heroin dalam bot nelayan appeared first on Kosmo Digital.