Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Penembak negara, Haritz Iklil Hessly Hafiz mendedikasikan pingat emas ke-50 Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 buat Allahyarham bapanya yang meninggal dunia, dua bulan lalu.
Haritz mengakui emosinya ketika itu bercampur baur antara gembira dan sedih terutama mengenangkan Allahyarham bapanya, Hessly Hafiz Hussain yang meninggal dunia akibat strok, dua bulan lalu.
Bagaimanapun, Haritz tetap mencipta kejutan dalam acara 50 meter (m) Rifle 3 Position dengan menghadiah emas buat kem negara dan lebih manis bidikannya 447.5 mata pada aksi final turut memadam rekod lama 445.3 mata yang dipegang jaguh tuan rumah, Napis Tortungpanich ketika edisi 2021 di Vietnam.
Dalam aksi mendebarkan itu, pingat perak menjadi milik penembak Singapura, Marat Lleyton P Veloso yang melakukan catatan 446.6 mata, manakala atlet berpengalaman Indonesia, Fathur Gustafian terpaksa berpuas hati dengan gangsa (437.7 mata).
“Ketika bermula saingan final hingga habis, saya cuba tenang dan saya hanya teringat arwah ayah saya. Sepatutnya dia datang saksikan saya di sini, tetapi tidak berkesempatan.
“Arwah ayah meninggal dua bulan lalu akibat strok, dia sangat menyokong saya dalam sukan. Dia nak saya berjaya dan dalam masa yang sama nak saya habiskan pengajian di UPM (Universiti Putra Malaysia),” katanya.
Mengulas aksi final, Haritz Iklil berkata, pada awal saingan dia ketinggalan dengan berada di tempat kelapan, namun bangkit dalam peringkat terakhir untuk meraih emas.
“Saya bangkit ketika kedudukan dalam aksi awal saya ketinggalan. Pada mulanya saya ingat saya hanya di kedudukan kedua. Untuk rekod baharu temasya, saya anggap ia satu bonus buat. Sebenarnya saya pernah catat jumlah itu pada pertandingan tempatan,” katanya.
The post Sukan SEA: Pingat emas buat arwah bapa appeared first on Kosmo Digital.