Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2025.
Ucapan tersebut dikongsikan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
“Terima kasih di atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi anda semua. Anda adalah wira yang sentiasa bersedia menghadapi bahaya demi keselamatan masyarakat.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Terima kasih di atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi anda semua’ appeared first on Kosmo Digital.