Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Sebuah syarikat berorientasikan kesihatan dan gaya hidup sihat diisytiharkan gulung tikar, namun terdapat persoalan mengenai pengiklanan yang dilakukan pada saat-saat akhir dan cara pelanggan mendapatkan semula wang mereka.
Pempengaruh Reina Lum menerusi perkongsian video di akaun TikToknya memaklumkan pelanggan boleh mendapatkan semula hak mereka daripada syarikat tersebut.
Dia menjelaskan, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan antaranya membawa perkara itu ke peringkat mahkamah dan memfailkan kes atas ‘class action suit’ atau ‘small claims court’.
Kaedah lain pula adalah dengan mendesak kerajaan supaya campur tangan memandangkan syarikat tersebut terikat dengan undang-undang di Malaysia.
Pengguna mesti tahu hak masing-masing
“Iklan dia selalu jugak lalu tapi nampak macam ‘too good to be true’ jadinya tak berani nak cuba,” kata @fr
“Sebab tu la saya beli basikal ‘stationary’ jer, tak pergi gim” komen @Jazzmine.
“Alhamdulillah tak termasuk jerat syarikat ni sebab macam ‘too good to be true’,” ujar @nina kirana. – KOSMO! ONLINE.
The post Pengguna mesti tahu hak masing-masing appeared first on Kosmo Digital.