Auto Added by WPeMatico

![]()
GLASGOW – Bandar Amdavad di Gujarat, India sedia untuk memulakan sejarah baharu sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2030 selepas secara rasmi menerima baton penganjuran daripada Glasgow yang melabuhkan tirai temasya edisi 2026 awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Menteri Gujarat, Harsh Sanghavi, berkata pihaknya berbangga diberi kepercayaan menganjurkan temasya bersempena ulang tahun ke-100 Sukan Komanwel dan berjanji meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan Glasgow.
“Ini adalah satu tanggungjawab besar, namun kami sudah bersedia. Kami akan belajar daripada kecemerlangan Glasgow dan membawa segala pengalaman itu ke Amdavad.
“Amdavad ialah bandar yang padat, mempunyai sistem pengangkutan yang saling berhubung, kemudahan penginapan moden serta venue pertandingan yang terletak berhampiran antara satu sama lain bagi memudahkan pergerakan atlet dan pegawai.
“Apabila anda datang ke Amdavad, anda bukan sekadar hadir ke bandar tuan rumah, sebaliknya anda akan disambut seperti berada di rumah sendiri.
“Kami akan terus bekerjasama dengan pasukan Glasgow yang banyak membantu dan menunjukkan kepada kami bagaimana temasya sebesar ini boleh dianjurkan dengan jayanya dalam tempoh singkat,” katanya.
Program sukan bagi edisi 2030 masih belum dimuktamadkan, namun Sanghavi mendedahkan kriket antara sukan yang berpotensi disenaraikan semula, selain memberi jaminan bahawa program sukan para bakal menjadi antara yang terbaik dalam sejarah penganjuran temasya itu. – AGENSI
The post Sukan Komanwel: Amdavad terima tugas penganjuran appeared first on Kosmo Digital.
