Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Hulu Langat termasuk Dusun Tua dan Kampung Serai dilanda banjir kilat, hari ini berikutan hujan lebat sejak malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, pihaknya menerima laporan sekitar pukul 4 pagi daripada ketua kampung di kawasan berkenaan.
“Pusat penempatan sementara (PPS) telah dibuka di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai bagi menempatkan mangsa banjir yang terkesan.
“Saya sedang meneliti laporan yang diterima serta berhubung dengan pihak berkuasa bagi memastikan tindakan segera dapat diambil untuk membantu penduduk,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan setakat ini, namun telah menghantar anggota untuk pemantauan. – KOSMO! ONLINE
The post 1 PPS dibuka, banjir kilat di Hulu Langat appeared first on Kosmo Digital.