Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR SETAR – Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang lemas ketika melakukan aktiviti berkayak dekat Pantai Merdeka, Sungai Petani dikenal pasti sebagai Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20.
IPG Kampus Perlis dalam hantaran di Facebook menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga atas pemergian mendiang Christopher dan Joey.
Kedua-dua mangsa merupakan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Jasmani ambilan Ogos 2025/2029 IPG Kampus Perlis.
“Semoga seluruh ahli keluarga mendiang diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” katanya.
Sementara itu, jasad dua pelajar terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk proses bedah siasat.
Tinjauan mendapati warga pendidik dan pengurusan IPG Kampus Perlis termasuk Pengarahnya, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Amran Mahadi berada di pekarangan Jabatan Forensik HSB.
Keluarga kepada kedua-dua mendiang dilaporkan masih dalam perjalanan dari Sarawak dan dijangka tiba petang ini. – KOSMO! ONLINE
The post Dua pelajar IPG lemas dikenal pasti sebagai Christopher, Joey appeared first on Kosmo Digital.
