Auto Added by WPeMatico

HUN anjuran DPUM sedang berlangsung hingga hari ini padat dengan pelbagai aktiviti dan acara menarik bertujuan untuk menghargai dan memperkasa komuniti usahawan.
Abu Hassan menerangkan, penganjuran kali ini diangkat sebagai satu pencapaian penting pihaknya dalam memperkenalkan acara itu sebagai platform mengiktiraf sumbangan usahawan serta memberi peluang meningkatkan mutu dan kualiti perniagaan ke tahap lebih tinggi.
Tambah beliau, tema Usahawan Nadi Negara dipilih bertepatan dengan cabaran dan peluang dunia keusahawanan masa kini.
Lebih menarik, terdapat penyertaan daripada delegasi beberapa buah negara seperti Vietnam, Hong Kong, China dan Taiwan.
Selain itu, majlis pelancaran HUN turut menyaksikan beberapa sesi menandatangani memorandum persefahaman antara DPUM dengan beberapa rakan strategik antaranya bersama Persatuan Persahabatan Vietnam Malaysia, Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (PROMAS) dan beberapa agensi lain. -KOSMO! ONLINE
The post HUN 2025 berjaya capai objektif perkasa usahawan tempatan appeared first on Kosmo Digital.