Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Satu tumpahan minyak berskala besar dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Bukit Jalil hari ini.
Pusat Kawalan Pintar Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, kejadian itu dikesan kira-kira pukul 12.56 tengah hari tadi.
Menurut kenyataan tersebut, tumpahan minyak itu melibatkan laluan dari lampu isyarat Bulatan Lumba Kuda sehingga ke bulatan menghala ke arah Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya).
“Bomba (berada) di lokasi. Pasukan unit kecemasan DBKL di lokasi,” katanya.
KLCCC DBKL menambah, penaburan habuk kayu sepanjang laluan terlibat telah selesai dilakukan oleh pasukan terlibat sekitar sejam kemudian. – KOSMO! ONLINE
The post Minyak tumpah di Lebuh Raya Bukit Jalil appeared first on Kosmo Digital.
