Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang doktor gigi mengundang perhatian ramai apabila mendedahkan memilih menjadi pemandu e-hailing selepas tamat syif, meskipun sudah memiliki klinik pergigian sendiri sejak enam tahun lalu.
Doktor berkenaan berkata, sebaik tamat waktu operasi kliniknya pada pukul 6 petang, dia akan terus memulakan ‘syif kedua’ sebagai pemandu e-hailing.
Menurutnya, pekerjaan sambilan itu mampu menjana antara RM1,000 hingga RM1,500 seminggu yang dianggap sebagai duit poket, manakala pendapatan dari kliniknya pula tidak terusik.
“Baru-baru ni saya buat lesen untuk buat e-hailing. Dulu tutup klinik pukul 10 malam, tapi sekarang 6 petang saya dah habis syif lepas tu sambung buat e-hailing.
“Kalau boleh saya memang tak akan beritahu penumpang, saya doktor gigi. Kalau beritahu, mesti dia orang terkejut,” katanya yang menggunakan profil @Dr_syedzaf di media sosial.
Kata doktor tersebut, dia hanya menyasarkan kutipan sekitar RM120 sehari sebelum pulang ke rumah dan bersyukur kerana isterinya memahami keputusannya melakukan pekerjaan tambahan itu.
“Saya bertuah sebab isteri saya memahami. Saya sasar sehari RM120 saja, lepas tu balik. Ada tak doktor lain yang macam saya,” soalnya. – KOSMO! ONLINE
The post Doktor gigi raih RM1,500 seminggu buat e-hailing appeared first on Kosmo Digital.
