Auto Added by WPeMatico

![]()
BEJING – Seorang lelaki di China menyatakan hasrat untuk menceraikan isterinya yang hamil selepas berasa kecewa apabila wanita itu diperiksa oleh doktor lelaki, lapor portal berita South China Morning Post.
Dalam satu video tular di media sosial, lelaki dari wilayah Jilin tersebut membuat kecoh di sebuah hospital bersalin dengan menghentak kepalanya sendiri pada dinding.
Dia bertindak demikian kerana berasa marah apabila mendapat tahu bahawa isterinya diperiksa oleh doktor lelaki.
“Seseorang telah melihat bahagian intimnya. Saya tidak boleh menghadapi keadaan ini, saya akan menceraikannya,” kata lelaki tersebut dalam video itu.
Kakitangan hospital cuba menenangkan lelaki itu dan memintanya duduk di atas kerusi roda serta memberinya bantuan oksigen agar dia kembali tenang.
Seorang pegawai hospital memberitahu media bahawa seorang kakitangan wanita turut hadir sepanjang pemeriksaan dijalankan.
“Adalah menjadi perkara biasa untuk bertemu dengan pakar bius lelaki atau pakar bedah lelaki apabila anda melawat hospital kami. Doktor tidak peduli tentang jantina anda, mereka hanya fokus untuk merawat anda,” katanya.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pegguna media sosial.
“Lelaki ini ternyata mempunyai masalah,” kata seorang netizen.
“Sebagai seorang suami, saya mempunyai pandangan sama dengan lelaki itu. Dia sekadar mahu melindungi isterinya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Suami nekad cerai, berang isteri dirawat doktor lelaki appeared first on Kosmo Digital.
