Auto Added by WPeMatico

![]()
REMBAU – Ahli keluarga ‘Suri’ yang dipercayai dikaitkan dengan penemuan mayat wanita dalam beg ditanam di belakang rumah di Batu 4, Pedas, di sini, semalam, hadir ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, petang ini.
Bagaimanapun, mereka dinasihatkan untuk ke bahagian kecemasan Hospital Rembau bagi membantu menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi padanan mangsa berhubung kes berkenaan.
Bahkan sekitar pukul 4.06 petang, beberapa barangan termasuk beg yang digunakan suspek telah di bawa keluar dari Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau.
Terdahulu, rakan baik ‘Suri’ yang hanya ingin dikenali sebagai Jue, 50an berkata, dia sudah lama mengenali mangsa kerana merupakan rakan sekampung di Kuching, Serawak.
“Suri ni memang baik, dia memang pemurah. Malah, dia juga selalu tolong kawan-kawan. Jadi ramai yang sayang dengan dia. Suri yang mula-mula dulu datang ke Semanjung. Baru saya datang ke Semenanjung,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Idzam Jaafar dilaporkan berkata, seorang lelaki berusia 41 tahun itu telah ditangkap di Melaka petang semalam dan kini direman selama tujuh hari.
Semalam, polis mengesahkan mayat dalam beg yang ditemukan ditanam di belakang sebuah rumah di Batu 4, Pedas, dipercayai merupakan individu yang dilaporkan hilang di Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE
The post Mayat wanita dalam beg: Keluarga hadir di Hospital Rembau buat DNA appeared first on Kosmo Digital.