Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang lelaki ditemui dalam dalam keadaan berdarah dan terbaring serta tidak sedarkan diri dengan kesan tikaman pada badan di sebuah unit rumah kedai, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 2.20 petang.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun telah meninggal dunia disyaki akibat kecederaan tikaman di bahagian dada.
“Prosedur bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki ditemui tidak bernyawa akibat tikaman di dada appeared first on Kosmo Digital.
