Auto Added by WPeMatico

![]()
DARO – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang hilang sejak semalam ditemukan terapung di sungai berhampiran Kampung Lemang Pek, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata jasad kanak-kanak itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 4 petang.
“Seterusnya, pasukan SAR memaklumkan kepada pihak polis untuk pengecaman mangsa. Mayat mangsa kemudian dinaikkan di jeti Kampung Panchor dan seterusnya dibawa ke hospital menggunakan kenderaan polis,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, beliau berkata kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada pukul 2.28 petang setelah keluar sendiri melalui pintu belakang rumah mereka di Kampung Panchor, tanpa disedari oleh ibu bapanya.
Katanya, pencarian awal yang dibuat oleh bapanya menemui kesan tapak kaki anaknya itu menuju ke sungai.
Susulan itu, operasi SAR segera digerakkan bermula semalam namun gagal menemukan mangsa, sebelum disambung semula pada pagi tadi dengan usaha pencarian dilakukan di sepanjang Sungai Daro.- KOSMO! ONLINE
The post Budak hilang ditemukan lemas appeared first on Kosmo Digital.