Auto Added by WPeMatico

![]()
SUNGAI PETANI – Pesalah jalan raya diberi tempoh dua bulan untuk menjelaskan saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui diskaun 50 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember depan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, diskaun itu membabitkan semua jenis saman kecuali kesalahan yang tidak boleh dikompaun.
“Pengguna jalan raya berkaitan diharap merebut peluang diberikan dengan menjelaskan saman tertunggak itu di mana-mana kaunter JPJ seluruh negara atau melalui saluran yang disediakan.
“Bagaimanapun ia tidak membabitkan saman tertunggak membabitkan kesalahan yang tidak boleh dikompaun dan perlu hadir ke mahkamah, saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal JPJ (P)23 (115),” katanya pada sidang akhbar Ops Gempur di Plaza Tol Sungai Petani Utara, malam tadi.
Katanya, orang ramai perlu merebut peluang itu kerana diskaun 50 peratus hanya diberi selama tempoh dua bulan sahaja dan bermula 1 Januari tahun depan tiada lagi diskaun terhadap kesalahan jalan raya yang membabitkan JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu Aedy Fadly berkata, melalui Ops Perang Lebih Muatan yang dilaksanakan JPJ bermula 14 Oktober sehingga 31 Disember ini, pihaknya telah memeriksa sebanyak 23,300 kenderaan dan daripada jumlah itu sebanyak 1,017 kenderaan dikesan membawa barangan melebihi muatan yang dibenarkan.
“Sebanyak 1,696 pemandu dan pemilik kenderaan telah disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (P22),Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 selain 96 lori turut disita.
“Hampir keseluruhan kenderaan yang disaman ini membawa muatan batu,kerikil dan besi melebihi muatan yang dibenarkan dan sememangnya menjadi sasaran kita dalam operasi ini,” ujarnya.
Tambahnya, pihaknya akan sentiasa meneruskan operasi secara berkala setiap masa demi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan,menjamin keselamatan untuk pengguna lain serta memastikan infrastruktur awam terpelihara.- KOSMO! ONLINE
The post Diskaun 50 peratus jelaskan saman JPJ appeared first on Kosmo Digital.
