Auto Added by WPeMatico

![]()
PUTRAJAYA- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diperkenan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memberikan pengampunan bersyarat kepada beliau hari ini.
Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Yang di- Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib.
“Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 telah diadakan pada 18 September 2026.
“Seri Paduka Baginda telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan
menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
“Ia tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Kata kenyataan itu, Najib juga hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
“Sekiranya beliau tidak mematuhi mana- mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Najib diperkenan jalani baki hukuman di rumah appeared first on Kosmo Online.
