Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Balai Undang Luak Sungei Ujong telah menerima surat pengosongan kediaman rasmi itu dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan petang tadi.
Surat itu dihantar oleh seorang wakil pejabat SUK kepada wakil Balai Undang Luak Sungei Ujong pada pukul 4.50 petang tadi.
Kehadiran wakil tersebut menarik perhatian media apabila beliau yang berbaju batik dan menaiki motosikal untuk menyerahkan surat tersebut.
Bagaimanapun, wakil Pejabat SUK Negeri Sembilan itu enggan menggulas lanjut intipati surat berkenaan dan memberitahu dia hanya diarahkan untuk menghantar dokumen ke Balai Undang Luak Sungei Ujong.
Sementara itu, wakil Balai Undang Luak Sungei Ujong mengesahkan telah menerima surat pengosongan balai berkuatkuasa serta-merta.
“Pihak kami akan merujuk kepada pguam untuk tindakan selanjutnya,”katanya..
Terdahulu, Kosmo! melaporkan krisis adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan semakin meruncing apabila Kerajaan Negeri mengarahkan pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuatkuasa serta-merta
Surat yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertarikh 29 April itu mengarahkan pengosongan dilakukan merujuk kepada keputusan Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan bertarikh 17 April lalu.
Ia ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Akmal Farid Rizal Noordin.-KOSMO! ONLINE.
The post Balai Undang Luak Sungei Ujong sah terima surat pengosongan dari pejabat SUK Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Digital.
