Auto Added by WPeMatico

GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy akan didakwa dengan 17 pertuduhan kerana menyalahgunakan kedudukan ketika menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHPP).
Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mendapat izin mendakwa Ramasamy esok.
”Sebanyak 13 pertuduhan melibatkan pembelian pedati emas manakala empat lagi pertuduhan membabitkan dua kelulusan bantuan pendidikan serta dua kelulusan bantuan perubatan LWHPP.
”Bagi pertuduhan melibatkan pembelian pedati emas, Ramasamy didakwa telah menyalahgunakan kedudukan untuk memperolehi wang kira-kira RM300,000 daripada Akaun Peruntukan Khas LWHNPP sekitar tahun 2019,” katanya di sini hari ini.
Sumber berkata, bagi empat lagi pertuduhan, Ramasamy dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan dengan meluluskan pemberian Bantuan Pendidikan dan Bantuan Perubatan sekitar tahun 2020-2022.
”Kelulusan bagi pemberian empat bantuan ini dibuat tanpa melalui mesyuarat jawatankuasa LWNHPP.
”Siasatan terhadap Ramasamy dijalankan di bawah kesalahan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan pertuduhan akan dijalankan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya.
Katanya, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Seberang Perai pukul 9 pagi esok. – KOSMO! ONLINE
The post Ramasamy bakal didakwa 17 pertuduhan salah guna kedudukan appeared first on Kosmo Digital.