Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Sentosa berjaya menahan suspek sebelum menjumpai dua peket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, susulan penemuan bahan terlarang itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Saya menyeru orang awam agar bekerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah, penyalahgunaan dadah serta kegiatan mencurigakan lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki ‘kantoi’ bawa syabu dalam dua peket plastik appeared first on Kosmo Digital.