Auto Added by WPeMatico
‘Nak letak jawatan, nak panjat pokok ke itu hal dia’

![]()
KOTA TINGGI- Mana-mana menteri boleh meletakkan jawatan atau menawarkan diri untuk meletak jawatan namun pada akhirnya tindakan itu hanya akan diputuskan Perdana Menteri.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau sendiri tidak tahu mengenai tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang dikatakan mahu meletakkan jawatan.
“Saya pun tidak tahu, dia nak tawarkan diri letak jawatan ke, pada akhirnya keputusan kepada Perdana Menteri, itu saja.
“Bagi UMNO, itu hal dialah, nak letak jawatan ke, dia nak panjat pokok ke, hal dia lah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kota Tinggi di Dewan Besar Felda Air Tawar 2 di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata demikian sebagai mengulas kepada kenyataan Anthony Loke semalam, yang menawarkan perletakan jawatan beliau sebagai anggota jemaah menteri, susulan keputusan pengampunan bersyarat diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mohamed Khaled berkata, soal pengampunan bersyarat diterima Najib, itu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak perlu dipertikaikan walaupun tidak suka dengan keputusan terbabit.
“Soal DAP terserah pada dia, apa mesej dia nak beri. Ada yang nak letak jawatan, itu terserah. Nak suka atau tak suka keputusan (pengampunan bersyarat), itu soal lain, tetapi jangan pertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.- KOSMO! ONLINE
The post ‘Nak letak jawatan, nak panjat pokok ke itu hal dia’ appeared first on Kosmo Online.
