Auto Added by WPeMatico

![]()
SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak tiga bulan lalu ditahan polis dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, semalam.
Susulan penahanan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT turut merampas 459 gram heroin termasuk sebuah kereta, tiga motosikal dan barangan kemas bernilai RM308,112.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu dipercayai bergiat aktif sejak tiga bulan lalu.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dari sebarang dadah.
“Suspek yang memiliki empat rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah direman selama tujuh hari sehingga 3 Disember bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari in.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – KOSMO! ONLINE
The post Tokan dadah baru aktif 3 bulan sudah dicekup appeared first on Kosmo Digital.