Auto Added by WPeMatico

EMOSI pencinta drama tempatan akan terus terganggu dengan kemunculan naskhah terbaharu berjudul Setia Itu Mahal yang kini ditayangkan menerusi slot Akasia TV3.
Menerusi karya arahan Jamal Khan itu, kesetiaan Anna yang melakonkan watak sebagai Dalina terhadap suaminya, Dr. Hakim (Zahiril Adzim) tergugat apabila kekasih lamanya, Tengku Farid muncul kembali.
Pelbagai babak menggoncang emosi bakal dihidangkan menerusi drama 28 episod itu. Baru ditayangkan untuk minggu pertama, rata-rata netizen meminta Anna tidak mematahkan hati hero kesayangan ramai, Zahiril.
“Anna atau Dalina, jangan kecewakan hero ‘green flag’ kami.
“Drama wajib tonton tapi tergamak Anna curang bila dapat suami sebaik Zahiril,” komen netizen.
Selain Anna dan Zahiril, drama tersebut turut dibarisi Redza Rosli, Rita Nadira, Arfie Shah dan Sharifah Husna.
The post ‘Tergamak Anna Jobling curangi suami green flag kami’ appeared first on Kosmo Digital.