Auto Added by WPeMatico

KUANTAN – Seorang lelaki yang disyaki terlibat mencuri cip kasino berjumlah RM3 juta di Genting Highlands dipercayai telah melarikan diri ke luar negara.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya sedang giat melakukan siasatan bagi mengesan suspek termasuk dengan kerjasama Polis Antarabangsa (InterPol).
“Kes masih dalam siasatan dan sudah dikenalpasti yang mana suspek dipercayai bekas pekerja syarikat terbabit.
“Pada masa ini belum ada apa-apa rampasan dan ia dalam siasatan serta tindakan pihak polis,”katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuantan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.
Menurut Yahaya pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang juga pengurus syarikat berkenaan mengenai kehilangan cip kasino di bilik kasino tertutup di Genting Highlands pada 2 Ogos lalu.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Katanya siasatan giat dilakukan termasuk mengesan suspek serta mengenalpasti sama ada terlibat individu lain yang terlibat dalam kejadian itu.-KOSMO! ONLINE
The post Lelaki curi cip kasino Genting Highlands lari ke luar negara appeared first on Kosmo Digital.