Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Mayat mendiang Cikgu Lo Kwan Fong yang meninggal dunia lebih sebulan di kediamannya di Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini masih belum dituntut ahli keluarga atau saudara mara terdekat.
Jasad Kwan Fong yang kini masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sejak dibawa menjalani bedah siasat pada Khamis lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Aznan Tamin berkata, mendiang masih tidak dituntut berikutan hidup sebatang kara selepas kematian ibu dan bapanya pada Mei 2010.
“Pihak sekolah telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa tiada saudara mara yang terdekat tampil bagi menuntut mayat Guru tersebut (Cikgu Lo Kwan Fong) sehingga hari ini.
Terdahulu, Persatuan Kebudayaan Huaxiao dalam satu kenyataan berkata, pihaknya cuba menghubungi ibu saudaranya yang dipercayai tinggal di Singapura dan dipercayai Kwan Fong mempunyai saudara mara di Taiping, Perak.
Dalam pada itu, pihak persatuan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Woon Hwa meminta agar orang ramai atau saudara yang mengenali Kwan Fong segera menghubungi pihak polis di Balai Polis Nusa Bestari ditalian 075112622 atau pihak sekolah untuk membantu menjejaki waris.-KOSMO! ONLINE
The post Kematian Cikgu Kwan Fong: Jasad mendiang belum dituntut appeared first on Kosmo Digital.