Auto Added by WPeMatico

LIPIS – Seorang pemandu lori treler dan seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 5 Jalan Bandar Baru-Felda Kechau di sini hari ini.
Mangsa yang cedera ialah pemandu lori treler, Alif Syukri Mohd Shamsuddin,28, dan penunggang motosikal Udan Angah, 28, dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah lori, sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu berlaku ketika pemandu lori treler dalam perjalanan dari Sg Temau menuju ke Kuantan tanpa membawa muatan.
Katanya, semasa kejadian penunggang motosikal dan pemandu kereta berada di dalam pos kawalan polis bantuan Felda Kechau 8 dan meletakkan kenderaan di tepi pos kawalan tersebut.
“Apabila sampai di tempat kejadian lori treler berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pos kawalan polis bantuan Felda Kechau 8 dan sebuah kereta.
“Kejadian itu menyebabkan atap dan dinding pos kawalan menghempap motosikal,”katanya di sini hari ini.
Tambahnya akibat kejadian menyebabkan pemandu lori treler dan penunggang motosikal mengalami kecederaan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya mangsa yang cedera dirawat di Hospital Kuala Lipis dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian tersbut dimohon memberi kerjasama untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Polis juga menasihakan agar semua pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik dan selamat,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Alif Syukri dan Udan cedera, lori treler rempuh pos kawalan polis bantuan appeared first on Kosmo Digital.