Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 dan isterinya didakwa Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta tidak berdaftar.
Dr. Azizul Hakim Mahdi, 35 dan isteri Noor Ameera Rahmat, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh selaku pengarah syarikat secara bersama-sama telah didapati menyediakan suatu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].
Sehubungan itu, tertuduh telah melanggar peruntukan Seksyen 4(1), Akta 586 dan melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 5(2)(a) Akta 586 yang boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 5(2)(aa) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Selain itu, syarikat milik mereka didapati menyediakan suatu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].
Pertuduhan tersebut dibuat di bawah Seksyen 5(1) Akta 586 yang boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 5(1)(b) Akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawaj Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Haslina Zamani manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Abdul Fateh Mohd Rahmat dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 September depan . – KOSMO! ONLINE
The post Bekas calon PH DUN Rantau, isteri didakwa sedia khidmat klinik tak berdaftar appeared first on Kosmo Digital.
