Auto Added by WPeMatico

WELLINGTON – Seorang pemandu bas di New Zealand terkejut apabila menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disumbat di dalam sebuah beg pakaian yang dikunci, lapor akhbar Metro UK.
Penemuan berlaku sekitar pukul 12.50 tengah hari (waktu tempatan) semasa perhentian di bandar Kaiwaka semalam.
Pemandu bas dikatakan cemas selepas melihat sebuah beg yang diletakkan di ruang bagasi tiba-tiba bergerak sebelum segera melaporkan perkara itu kepada polis.
Selepas membuka zip, dia terkejut apabila beg tersebut mengandungi seorang kanak-kanak kecil.
Detektif Inspektor, Simon Harrison berkata, mangsa mengadu kepanasan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk menjalani penilaian perubatan,” kata Harrison.
Susulan penemuan itu, seorang wanita berusia 27 tahun diberkas atas kesalahan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
Dia dihadapkan ke Mahkamah Daerah North Shore hari ini. – AGENSI
The post Pemandu bas terkejut jumpa budak 2 tahun dalam beg appeared first on Kosmo Digital.