Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA NERUS – Tekong bot karam, Mohd. Awais Sa’ari, 40, tidak dapat melupakan detik pilu krunya, Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, menghembuskan nafas terakhir sewaktu berpaut di belakang badannya.
Dia berkata, waktu itu, sepupunya itu sudah kehilangan tenaga sebelum mulutnya tiba-tiba berbuih lalu meninggal dunia.
“Saya yang sedih menguatkan semangat meminta semua pelanggan memegang tubuh arwah (Ahmad Nasaruddin) kuat-kuat sebelum berenang untuk mendapatkan bantuan.
“Akhirnya saya dapat bertemu sebuah bot lain untuk meminta tolong setelah lebih sebatu (1.61 kilometer) berenang,” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.
Menceritakan detik cemas sebelum itu, Mohd. Awais berkata, laut tiba-tiba bergelora sejurus dia selesai menunaikan solat maghrib di perairan Kuala Nerus, berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud dekat sini.
“Tidak berlaku pun ribut, namun saya perasan enjin bot mula dimasuki banyak air. Saya segera minta arwah (Ahmad Nasaruddin) potong tali sauh.
“Begitupun, bot cepat karam sebelum sempat kami berbuat apa-apa. Arwah segera memastikan semua pelanggan yang berasal dari Kuala Lumpur memakai jaket keselamatan dengan betul,” katanya.
Mohd. Awais berkata, arwah Ahmad Nasaruddin bertungkus-lumus memastikan semua pelanggan berpegang antara satu sama lain bagi memastikan mereka terus terapung di permukaan laut. – KOSMO! ONLINE
The post Bot candat karam: Kru meninggal dunia sewaktu dipaut tekong appeared first on Kosmo Digital.
